INGATKAH lagi anda dengan video ‘Kisah Murid Kudung
Ini Diejek Amat Menyentuh Hati’
Dalam video tersebut, kanak-kanak bernama Ainaa Amanda Shahzali, 7, itu meluahkan perasaan sedihnya kerana diejek oleh rakan-rakan kerana kecacatan tangannya.
Justeru, menerusi akaun Facebook, ibunya, Abby Hassan
telah berkongsi kisah anaknya itu yang dilahirkan selepas 11 tahun menanti
untuk dikurniakan zuriat.
Tulisnya:
“Sebenarnya Abby tidak suka bercerita sedih sedih di
FB. Abby positifkan diri utk gembira sebaik bangun tidur..tetapi permintaan yg
banyak utk mendengar cerita Abby Hassan pasal Amanda makanya abby bercerita
lagi.
“Sambungan dari cerita sebaik selepas melahirkan
amanda.
13.12.2008 secara pembedahan jam 7.15pagi Amanda selamat dikeluarkan
dr perut mama ni. Ada satu perasaan yg keluar dr naluri ibu ini. Sempurnakah
anakku? Ketika ditunjukkan jantina perempuan.abby rasa amat bersyukur sangat.
Mmg abby nak baby perempuan. Tetapi sebaik abby bertanya dari nurse. Bagai nak
luluh hati ini. Nurse ckp..
“anak kak sihat…comel sangat..tapi…tapi…..” perkataan tapi..tapi..
terhenti disitu. Dia tak boleh sambungkan lg. Ya Tuhan..hati ibu mana lah dapat
terima ayat TAPI waktu itu.
Dalam keadaan masih lg lemah,Doktor Inder singh (INS Specialist)
datang dan bg semangat.
“Ayah amanda mantan suami abby terus pengsan sebaik mendengar berita
itu. Abby hanya tahu menangis dan menangis… ya Allah apakah salahku…? Dosa
apakah aku? Why me? Why me? Kenapa aku yg Engkau pilih. Waktu.itu mmg tidak
fikir lain..kecuali apa yg Allah bg adalah.mgkin pembalasan dari apa dosa dosa
lampau. Selama 3 hari di hospital abby menangis. Doktor dan nurse datang
berkali kali.memujuk abby sbb Abby tidak.mahu berjmpa Amanda. Mmg abby
kejam.waktu tu. Abby tak dapat terima apa yg Allah bagi. Mengapa abby yg Allah
pilih? Why why why…???? Persoalan yg tiada jawapan.
“Sebaik bangun tidur..abby pasti fikir..abby hanya
bermimpi.melahirkan anak yg tiada tangan.
Hari ke 3..waktu keluar hospital..Abby dibawa kepada Amanda. Amanda
dibalut rapi. Nurse hulurkan Amanda yg dah boleh buka matanya. Ya
Tuhan…comelnya anakku. Mata yg bundar dan bulat. Mulut yg kecil. Dan dia
tersenyum pd abby sebaik abby memegangnya. Abby dakap amanda. Waktu itu naluri
keibuan baru hadir…
“Perasaan yg selama 3 hari abby tanggung spt dijemput keluar tiba
tiba. Inilah yg ku tunggu2 selama berbelas tahun. Inilah zuriatku. Ku kucup
amanda. Dihati bernekad. Apapun akan terjadi..aku akan pelihara dia sebaik
mungkin. Allah takkan menguji aku lebih dari kemampuanku. Allah menguji org yg
Dia pilih sahaja… dan org itu adalah Abby… Allahurabbi… Hanya Engkau Yang
Mengetahui….ku terima jalan yang Engkau tetapkan…Aku insan yg dipilihmu…..”
==========================================================
Setiap yang berlaku pasti ade hikmahNya.. setiap kali
kita diuji mesti ade penyebabnya. Namun kite tidak boleh menyalahkan sesiapa
atau Yang Maha Pencipta. Kite ptt bersyukur di ats kesempurnaan diri kerana Dia
sudi meminjamkan hakNya untuk kita gunakan..hargailh ia, syukurilah ia. Bersyukur
atas nikmat yang Allah SWT berikan bkn bermakna kite boleh sesuka hati mencaci
atau menghina kekurangan org lain. Nikmat tersebut kite boleh kongsikan dgn
membntu org yang kelainan upaya. Mereka juga seperti kite yg perlukan kawan,
teman, berkongsi suka dan duka. Mereka juga ada hati dan perasaan. Ada perasaan
sedih, gembire, suka dan duka. Sama seperti kite. Jgn disebabkn kite lebih
SEMPURNA FIZIKAL dr mereka, kite boleh berbuat sesuatu yg akan mengguriskan
perasaan mereka. ALWAYS PUT YOUR FEET IN OTHERS SHOES. DIDIKLAH DIRI MENJADI
SEORANG INSAN YANG SENTIASA BERSYUKUR DI ATS NIKMAT YANG Allah BERIKAN. Kerana
semua itu hanyalah PINJAMAN.
==========================================================
DONUT DISPENSER
DONUT DISPENSER
Perhatian
Ibu-Ibu yg Suka Memasak!!
# Ingin
bulatan donut anda mempunyai sama saiz?
# Ingin
hasilkan BIG APPLE sendiri?
# Susah
dan ambil masa lama untuk membuat donut?
# Gunakan
alat ini untuk memberikan BULATAN SEMPURNA yang di inginkan
===============================================
CIRI-CIRI DONUT DISPENSER
1.
MUDAH untuk membuat donut yang lazat mengikut kreativiti
sendiri
2.
MENJIMATKAN masa ibu-ibu untuk sediakan makanan
3.
ADUNAN
TIDAK MELEKAT pada dispenser
4.
RINGAN untuk dipegang
================================================
HARGA & CARA PEMBELIAN
# RM38.00
SM / RM40.00 SS
# Pakej
promosi dalam masa 24 jam
# Harga
termasuk kos pos seluruh malaysia
# Untuk
pembelian, WHATSAPP / TELEGRAM ke 017-2536846
# FB
fanpages: https://www.facebook.com/RubyBeautyApparels
No comments:
Post a Comment